Keunikan NR CAFE berkonsepkan Alam Semula Jadi, dari depan pintu masuk sampai ke dalam semua diperbuat daripada Alam dengan suasana yang lebih santai. NR CAFE mempunyai tempat duduk banyak dan pelbagai. Ada tempat duduk berduaan, ada tempat duduk lepak berkopi santai, ada tempat duduk keluarga(VIP, Meja Panjang), dan paling best adalah tempat duduk bersila. Tempat duduk bersila ni ibarat meja santapan dahulu kala. Suasana di NR CAFE ni lain dari yang lain. Ibarat duduk di rumah orang asli. Ketenangannya dengan design yang amat kreatif dan cantik melambangkan ketenangan bersama Alam. Kalau nak duduk di tempat duduk bersila kena cepat-cepat la booking, Biasanya penuh setiap hari. Apa tunggu lagi Booking sekarang.